You Are Reading

1

Tahniah Buat Pemenang Rancangan Solehah (2011)

Fazreen Friday, December 16, 2011
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum..

Alhamdulillah, saya baru saja selesai menonton rancangan realiti terbitan TV Al-Hijrah, Solehah, sebentar tadi, menyaksikan Episod Penentuan Solehah. Episod terakhir ini telah membuatkan saya benar-benar teruja, bangga, dan terdetik di hati saya untuk melihat lebih ramai lagi wanita seperti mereka.

Pentas Akhir Solehah 2011 (sumber Facebook)

Di dalam Episod Penentuan Solehah (Final), dua persembahan terakhir yang menyaksikan dua peserta menceritakan tentang Ibu dan Solehah. Tajuk "Ibu" telah membuatkan ramai menangis, sehingga saya sendiri pun mengalirkan air mata. Lebih menarik pada persembahan terakhir dari saudari Wan Nor Mazuani Wan Mokhtar, di mana beliau membuat kejutan apabila menukar tajuk persembahan. Ternyata kejutan tersebut membuatkan persembahan beliau lebih mantap terutama apabila beliau membahaskan tentang makna SOLEHAH.

Persembahan yang benar-benar menyentuh jiwa saya dari saudari Mazuani.


Keputusan dibuat oleh para juri, dan senarai pemenang adalah seperti yang dinyatakan di bawah:

Juara - Amie Sofia Ahmad

Naib Juara - Wan Nor Mazuani Wan Mokhtar

Ketiga - Nurul Eswani Syafazlin Abd. Halim


Tahniah buat ketiga-tiga pemenang, dan tahniah juga kepada semua peserta serta pihak TV Al-Hijrah kerana menjadikan rancangan ini sebuah rancangan menarik, dan mempu menarik golongan muda seperti saya.

1 bebelan:

Anonymous said...

I was able to find good advice from your articles.
Here is my weblog : piano lessons

 
Copyright 2010 Pesona Akasia
Revive Pink Blogger template Redesign By Pesona Akasia Design