Latest Posts

27

Wang Kertas dan Syiling Baru 2012

Fazreen Thursday, December 22, 2011

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum.
  • Siri terkini wang kertas Malaysia dilancarkan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak.
  • Wang kertas yang dikeluarkan adalah dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 dan akan berada dalam edaran pada separuh kedua 2012.
  • Duit syiling siri baharu adalah dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen dan telah pun dilancarkan pada 25 Julai 2011.

  

  • Duit syiling siri baharu ini akan berada dalam edaran pada bulan Januari 2012.
  • Dengan tema 'Keunikan Malaysia', siri wang kertas ini memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, serta ekonomi.


 

  • Ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat sejajar dengan kemajuan terkini dalam teknologi wang kertas.
  • Termasuklah imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna untuk memudahkan orang ramai mengenalinya.
  • Ciri keselamatan lain ialah pengenalpastian secara sentuhan untuk memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan.

 

Rujukan: Bank Negara Malaysia.
Mesej: "Saya sangat tertarik dengan rekabentuk baru wang kertas dan syiling yang bakal digunakan mulai tahun hadapan. Ia sangat unik, tersendiri, dan menunjukkan nilai-nilai negara Malaysia. Tak sabar nak memiliki wang ini nanti~"
0

Keputusan Peperiksaan PMR 2011

Fazreen Tuesday, December 20, 2011
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum.

Merujuk laman Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa:

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2011 akan diadakan pada hari Khamis, 22 Disember 2011 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Untuk makluman, peperiksaan bertulis PMR 2011 telah berlangsung pada 4, 5, 6, 10 dan 11 Oktober 2011. Seramai 481,292 orang calon telah menduduki PMR pada tahun ini di 3,521 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Mulai tahun ini juga Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 22 Disember 2011 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 28 Disember 2011. Bersama ini dilampirkan bahan promosi perkhidmatan yang dikeluarkan oleh MAMPU untuk rujukan.
0

Proton Exora Bold Menjengah Pasaran Indonesia

Fazreen Monday, December 19, 2011
Kejayaan Proton memperoleh pengiktirafan MPV Budget Terbaik 2011 pada Anugerah Otomotif Indonesia menerusi model Exora Star menunjukkan MPV pertama buatan Malaysia ini semakin mendapat tempat di sana. Dengan pelancaran dua varian terbaru Exora, Bold Premium dan Prime pada 16 Disember 2011, pastinya bakal memberikan satu lagi kejayaan baru apabila ia dikhabarkan akan memasuki pasaran Indonesia pada Januari 2012.

Bahagian hadapan Exora Bold Premium.


Proton Exora Bold Premium, dikuasakan oleh enjin 1.6 liter Campro Charge Fuel Efficiency (CFE) dan dipadankan bersama transmisi CVT. Enjin Campro CFE mampu menghasilkan kuasa pada 138hp@5000rpm dan tork maksimum 205Nm@2000-4000rpm.

Bahagian belakang Exora Bold Premium.

Kombinasi transmisi CVT pada enjin Campro CFE yang dibantu dengan pengecas turbo mampu memberikan prestasi yang tinggi setanding dengan keluaran kuasa yang dijana oleh enjin 2.0 liter, penukaran gear yang lebih lancar, serta mampu memberikan kecekapan penggunaan bahan api dengan lebih ekonomi.

Bahagian dalaman yang elegen.

Beberapa ciri baru turut diperkenalkan bagi varian Bold Premium ini, antaranya ialah:
  • Rekabentuk bumper depan dan belakang baru yang lebih bergaya dan sporty,
  • Cermin sisi boleh lipat.
  • Brek cakera depan dan belakang dengan ABS dan EBD.
  • Lampu hadapan ‘blacked-out’.
  • Lampu belakang LED dengan ‘smoked’.
  • Rim aloi 16 inci baru.
  • Kamera undur dengan paparan monitor kecil LCD di cermin pandang belakang.
  • Tempat duduk kulit dengan dua tona warna.
  • Roda stereng dengan kemasan kulit.
  • Kemasan ruang dalaman yang elegen.
  • Paparan meter lebih kemas dan jelas.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web rasmi Proton Edar.
2

Nokia Lumia 710 Baharu

Fazreen
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum.

Saya baru sahaja menerima email dari pihak Nokia berkenaan model terbarunya yang akan berada di pasaran pada 11 Januari 2012, Nokia Lumia 710. Menurut Nokia, tarikh berkenaan dipilih sebagai tarikh istimewa.
Imej yang diemailkan kepada saya.

Nokia Lumia 710, merupakan satu lagi inovasi dari Nokia bagi membariskan produknya yang menggunakan sistem operasi Windows Phone. Pada pendapat saya, kemungkinan besar Nokia menjadikan siri Lumia sebagai siri khas yang menggunakan sistem operasi Windows Phone.
Nokia Lumia 710

Paparan ClearBlack LCD 3.7 inci beresolusi 800x480 pixel pastinya memberikan paparan grafik yang lebih tajam dan jelas, lebih-lebih lagi ia dipacu oleh pemproses (processor) 1.4 GHz Snapdragon. Model ini menggunakan sistem operasi Windows Phone 7 di mana ia menyokong rangkaian HSPA+ (atau dikenali sebagai 4G). Rangkaian HSPA+ ini mampu menerima kelajuan sehingga 14.4 Mbps.

Untuk maklumat lanjut mengenai model Nokia Lumia 710 ini, anda boleh melayari laman web Nokia US.


Maklumat lain:
  • Tahukah anda, Snapdragon merupakan merupakan pemproses sistem mudah alih keluaran Qualcomm, di mana ia digunakan pada kebanyakan telefon pintar, tablet, dan smartbook.
  • Snapdragon mempunyai litar khas yang mampu mentafsir, membaca dan memahami kod (dalam bahasa Inggeris-nya disebut, 'decode') video definisi tinggi (HD video) pada 780p atau 1080p.
 
Copyright 2010 Pesona Akasia
Revive Pink Blogger template Redesign By Pesona Akasia Design