You Are Reading

2

Nokia Lumia 710 Baharu

Fazreen Monday, December 19, 2011
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum.

Saya baru sahaja menerima email dari pihak Nokia berkenaan model terbarunya yang akan berada di pasaran pada 11 Januari 2012, Nokia Lumia 710. Menurut Nokia, tarikh berkenaan dipilih sebagai tarikh istimewa.
Imej yang diemailkan kepada saya.

Nokia Lumia 710, merupakan satu lagi inovasi dari Nokia bagi membariskan produknya yang menggunakan sistem operasi Windows Phone. Pada pendapat saya, kemungkinan besar Nokia menjadikan siri Lumia sebagai siri khas yang menggunakan sistem operasi Windows Phone.
Nokia Lumia 710

Paparan ClearBlack LCD 3.7 inci beresolusi 800x480 pixel pastinya memberikan paparan grafik yang lebih tajam dan jelas, lebih-lebih lagi ia dipacu oleh pemproses (processor) 1.4 GHz Snapdragon. Model ini menggunakan sistem operasi Windows Phone 7 di mana ia menyokong rangkaian HSPA+ (atau dikenali sebagai 4G). Rangkaian HSPA+ ini mampu menerima kelajuan sehingga 14.4 Mbps.

Untuk maklumat lanjut mengenai model Nokia Lumia 710 ini, anda boleh melayari laman web Nokia US.


Maklumat lain:
  • Tahukah anda, Snapdragon merupakan merupakan pemproses sistem mudah alih keluaran Qualcomm, di mana ia digunakan pada kebanyakan telefon pintar, tablet, dan smartbook.
  • Snapdragon mempunyai litar khas yang mampu mentafsir, membaca dan memahami kod (dalam bahasa Inggeris-nya disebut, 'decode') video definisi tinggi (HD video) pada 780p atau 1080p.

2 bebelan:

Qaseh Yana said...

smart nye...
nak 1..huhu

Fazreen said...

rasanya belum masuk pasaran Malaysia.. saya cuma kongsikan dari email yang dihantar pihak Nokia kepada saya..

mungkin, Lumia 800 yang akan masuk pasaran Malaysia, kemudian 710 ni.. (mungkin laa.. hihi)

 
Copyright 2010 Pesona Akasia
Revive Pink Blogger template Redesign By Pesona Akasia Design