You Are Reading

0

Proton Exora Bold Menjengah Pasaran Indonesia

Fazreen Monday, December 19, 2011
Kejayaan Proton memperoleh pengiktirafan MPV Budget Terbaik 2011 pada Anugerah Otomotif Indonesia menerusi model Exora Star menunjukkan MPV pertama buatan Malaysia ini semakin mendapat tempat di sana. Dengan pelancaran dua varian terbaru Exora, Bold Premium dan Prime pada 16 Disember 2011, pastinya bakal memberikan satu lagi kejayaan baru apabila ia dikhabarkan akan memasuki pasaran Indonesia pada Januari 2012.

Bahagian hadapan Exora Bold Premium.


Proton Exora Bold Premium, dikuasakan oleh enjin 1.6 liter Campro Charge Fuel Efficiency (CFE) dan dipadankan bersama transmisi CVT. Enjin Campro CFE mampu menghasilkan kuasa pada 138hp@5000rpm dan tork maksimum 205Nm@2000-4000rpm.

Bahagian belakang Exora Bold Premium.

Kombinasi transmisi CVT pada enjin Campro CFE yang dibantu dengan pengecas turbo mampu memberikan prestasi yang tinggi setanding dengan keluaran kuasa yang dijana oleh enjin 2.0 liter, penukaran gear yang lebih lancar, serta mampu memberikan kecekapan penggunaan bahan api dengan lebih ekonomi.

Bahagian dalaman yang elegen.

Beberapa ciri baru turut diperkenalkan bagi varian Bold Premium ini, antaranya ialah:
  • Rekabentuk bumper depan dan belakang baru yang lebih bergaya dan sporty,
  • Cermin sisi boleh lipat.
  • Brek cakera depan dan belakang dengan ABS dan EBD.
  • Lampu hadapan ‘blacked-out’.
  • Lampu belakang LED dengan ‘smoked’.
  • Rim aloi 16 inci baru.
  • Kamera undur dengan paparan monitor kecil LCD di cermin pandang belakang.
  • Tempat duduk kulit dengan dua tona warna.
  • Roda stereng dengan kemasan kulit.
  • Kemasan ruang dalaman yang elegen.
  • Paparan meter lebih kemas dan jelas.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web rasmi Proton Edar.

0 bebelan:

 
Copyright 2010 Pesona Akasia
Revive Pink Blogger template Redesign By Pesona Akasia Design