You Are Reading

2

Terpanggil Untuk Ber-blogging Semula

Fazreen Monday, December 12, 2011
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum..

Lama benar saya menyepi dalam dunia penulisan blog ini. Rasa terpanggil untuk membuka lembaran baru, walaupun header dan warna blog masih macam dulu. hehe~ Pesona Akasia, itulah nama blog ini yang dari awal kelahirannya pada 7 Mei 2009 hingga kini, masih menggunakan nama yang sama.

Mungkin ada sebahagian follower Pesona Akasia tertanya-tanya, mengapa blog ini semakin menyepi? Jawapan saya yang pasti adalah, sibuk dengan pengajian saya (dah menerjah ke tahun akhir pengajian), lagi-lagi saya perlu menjalankan research bagi Final Year Project dan beberapa projek sebagai tugasan mingguan dan bulanan. Banyak yang ingin dikongsikan bersama rakan-rakan blogger dan follower. Namun kesibukan mengatasi segala-galanya.


Di dalam penulisan saya kali ini, saya merasakan konsep blog ini perlu diubah sedikit demi sedikit supaya pembaca dan saya sendiri tidak bosan. Saya bercadang untuk mengurangkan penceritaan yang berbentuk diari. Memandangkan Disember 2011 ini, usia saya menjangkau ke 23 tahun, dan blog ini telah 3 tahun wujud, maka amat sesuai saya kemukakan penulisan yang lebih matang, serta penggunaan bahasa yang lebih sesuai.

Saya berharap, masih ada lagi peluang saya untuk meneruskan penulisan blog ini, dan menjadikan blog ini sebahagian dari hidup saya, rakan blogger, follower serta pengunjung baru blog ini. Terima kasih.

2 bebelan:

Qaseh Yana said...

aha~waiting for next update :)

Fazreen said...

iyer..? alhamdulillah, thanks ya.. :D

 
Copyright 2010 Pesona Akasia
Revive Pink Blogger template Redesign By Pesona Akasia Design