بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum.
- Siri terkini wang kertas Malaysia dilancarkan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak.
- Wang kertas yang dikeluarkan adalah dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 dan akan berada dalam edaran pada separuh kedua 2012.
- Duit syiling siri baharu adalah dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen dan telah pun dilancarkan pada 25 Julai 2011.
- Duit syiling siri baharu ini akan berada dalam edaran pada bulan Januari 2012.
- Dengan tema 'Keunikan Malaysia', siri wang kertas ini memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, serta ekonomi.
- Ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat sejajar dengan kemajuan terkini dalam teknologi wang kertas.
- Termasuklah imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna untuk memudahkan orang ramai mengenalinya.
- Ciri keselamatan lain ialah pengenalpastian secara sentuhan untuk memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan.
Rujukan: Bank Negara Malaysia.
Mesej: "Saya sangat tertarik dengan rekabentuk baru wang kertas dan syiling yang bakal digunakan mulai tahun hadapan. Ia sangat unik, tersendiri, dan menunjukkan nilai-nilai negara Malaysia. Tak sabar nak memiliki wang ini nanti~"